5 HIKMAH PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI TADIKA DAN TASKA

0
79

Penglibatan boleh ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak atau beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta membantu kejayaannya.

Jom ikuti 5 hikmah penglibatan ibu bapa dalam aktiviti tadika dan taska:

  1. Kegembiraan kepada kanak-kanak

Pastinya kanak-kanak akan berasa gembira akan kehadiran dan penglibatan ibu bapa dalam apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tadika dan taska. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan selamat sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti tadika/taska kerana kehadiran orang yang mereka percaya dan sayangi  di sisi mereka selain guru.

  1. Mengeratkan hubungan ibu bapa, guru dan kanak-kanak

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti tadika/taska pastinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa, anak-anak dan guru. Secara tidak langsung, program yang dianjurkan oleh pihak tadika/taska memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui dan memahami perkembangan anak mereka di tadika/taska selain dapat beramah mesra dan mengenali pendidik anak mereka dengan lebih rapat.

Melalui program tadika, ibu bapa dapat melihat sendiri pergaulan anak mereka dengan rakan sebaya serta menilai kualiti pengurusan pihak tadika/taska terhadap keperluan kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan.

  1. Menambah pengetahuan dan kemahiran

Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung memberi peluang ibu bapa dan guru saling berbincang dan berkongsi pendapat mengenai perkembangan anak-anak di tadika dan taska. Ibu bapa dan guru boleh bertukar pandangan yang membina bagi membantu dalam meningkatkan pencapaian kanak-kanak dan seterusnya penambahbaikan kualiti pengurusan tadika/taska.

  1. Mempromosi tadika/taska

Program yang dijalankan oleh pihak tadika secara tidak langsung dapat menarik perhatian masyarakat apabila dihebahkan di laman sosial baik melalui media cetak, media elektronik atau pun ‘mouth to mouth’ melalui peranan ibu bapa. Sokongan dan kehadiran ibu bapa terhadap program yang dianjurkan juga dapat memberi pengaruh besar dan daya tarikan kepada pihak luar untuk mengetahui latar belakang tadika/taska serta secara tidak langsung merupakan strategi dalam mempromosikan tadika/taska tersebut.

  1. Motivasi kepada staf tadika/taska

Sokongan ibu bapa dalam aktiviti tadika/taska dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan guru terhadap terhadap ibu bapa serta pembangunan tadika/taska itu sendiri. Guru akan lebih bermotivasi dan seronok dalam mengendalikan kanak-kanak sepanjang berlangsungnya program, juga lebih kreatif dalam mengadakan program yang lebih menarik di masa akan datang!

Start the discussion at tanya.awal.my