Menurut pendidik awal kanak-kanak yang berpengalaman, 5 perkara yang perlu ditekankan adalah seperti berikut:
- Beri senarai arahan yang ringkas kerana mereka mempunyai tahap tumpuan yang pendek.
- Elakkan daripada menggunakan:”Tak boleh buat itu dan ini …” Kanak-kanak pada peringkat ini tidak faham erti “tak boleh”. Bawa mereka sejauh mana kreativiti serta tahap tumpuan mereka boleh meneroka. Otak mereka sedang berkembang dengan pesat sekali jadi layanlah soalan-soalan yang mereka ajukan sebaik mungkin.
- Baca bersama-sama dan dedahkan pengalaman baharu kepada mereka di dalam rumah atau kelas serta di luar kawasan.
- Selitkan muzik dan seni lukis atau tarian untuk lebih memahami konsep yang abstrak.
- Galakkan mereka untuk berdikari, menghormati dan memberi peluang kepada orang lain bercakap. Ini bermakna mereka faham bahawa orang lain juga berhak untuk sama-sama terlibat dalam sesuatu perkara.
Percayalah, bila kita terlibat dengan kerenah anak-anak ianya memang penat namun itulah yang membuat kita berjiwa muda!