Kehilangan

2562

Kematian merupakan satu topik yang sedikit rumit untuk disentuh kerana kanak-kanak masih lagi tidak faham mengapa kita semua perlu mati. Penceritaan ini bertujuan memberikan gambaran kepada anak-anak bahawa kematian adalah satu proses dalam kehidupan di mana pengakhiran itulah yang terpenting. Ia bertujuan memotivasikan anak-anak untuk melakukan kebaikan.

Ia juga bertujuan untuk mengajar anak-anak sesuatu yang melangkaui kematian dan kematian bukanlah pengakhiran dalam kehidupan. Dunia adalah persinggahan di mana anak-anak perlu diajar untuk berusaha sebaik mungkin agar dapat mencapai apa yang diimpikan. Ini juga penting untuk menanamkan perspektif bahawa kematian itu bermaksud pengakhiran dunia dan tidak perlu berselindung di sebalik metafora lain seperti ahli keluarga jalan jauh, ahli keluarga tak mahu balik dan sebagainya.

Melihat satu-satu perkara ini amat penting bukan sahaja dalam isu kematian tetapi dalam segala perkara lain dalam kehidupan.

Mencari-cari buku yang boleh mencetuskan perbincangan tentang emosi dengan anak anda?

 

Layari https://eniaga.awal.my untuk mendapatkan buku-buku yang menarik berserta panduan untuk ibu bapa dalam Siri Cerdas Mengurus Emosi.