10 Tip Guru Penyayang, Murid Riang

2207

1.Layani anak-anak dengan kasih sayang dan senyuman ikhlas yang manis.

2.Pastikan anak-anak pulang ke rumah dalam keadaan kenyang dan selesa.

3.Pastikan anak-anak dipulangkan dalam keadaan bersih dan ceria.
* Lap muka anak-anak jika comot
* Pakai bedak/ losyen (jika ada)
* Betulkan baju dan tudungnya (Anak perempuan)

4.Berikan pelukan, high five dan kata-kata motivasi.

5.Pujilah perbuatan anak-anak yang baik agar perbuatan itu menjadi akhlak mereka.

6.Usah bermasam muka dan marah-marah jika anak menutur kata atau melakukan perbuatan yang tidak soleh. Ajarilah mereka dengan kasih sayang dan berhikmah.

7.Ulang-ulanglah peraturan yang ringkas dan mudah difahami anak-anak. Apabila anak-anak sudah boleh menyebut sendiri peraturan tersebut, tukarlah dengan ucapan yang baharu.

8.Usah memaksa anak-anak untuk membuat sesuatu. Berilah mereka masa untuk faham dan ikut.

9.Usah melabel anak dengan gelaran ‘nakal, malas, buas, ganas, degil, jahat, lembab, bodoh dan sebagainya.

10.Usah tunjuk rupa stres kepada anak. Jika anda penat dan rasa stres, cepat-cepat ambil wudu’, rehatkan diri, dan beristighfarlah.

Andalah guru-guru terbaik yang dipilih Allah SWT untuk mendidik anak-anak syurga.

Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.