Pemakanan sihat perlu dimulakan dari bayi dan diteruskan sehingga usia kritikal iaitu usia prasekolah. Kanak-kanak yang dibiasakan dengan rutin menu sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari mudah untuk makan makanan tersebut tanpa paksaan.

Amalan pemakanan sihat di rumah berjaya apabila ibu bapa berjaya menyediakan 5 jenis sayuran dan buah-buahan untuk dinikmati oleh anak-anak.

Pelbagaikan juadah dalam bentuk manisan sihat tanpa gula, snek petang seperti potongan sayuran seperti lobak merah, timun dan sebagainya.

Amalkan memakan buah-buahan dahulu sebelum makan nasi dan wujudkan hari-hari istimewa seperti hari makan ulam-ulaman.

Berikut adalah 10 aktiviti bertemakan menu sihat yang boleh diamalkan:

1. Membuat jem buah-buahan tanpa pengawet
2. Masak snek petang bersama
3. Piknik sihat
4. Hari rasa ulam dan herba
5. Jom tanam herba/ulam
6. Minggu membeli-belah sayur-sayuran dan buah-buahan
7. Bedtime story bertemakan sayur-sayuran atau buah buahan
8. Hari minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran
9. Lawatan ke kebun buah-buahan atau sayur-sayuran
10. Membaca sajak atau menyanyi lagu bertema sayur-sayuran dan buah-buahan

Antara sajak dari buku Let’s Learn about Healthy Eating tulisan Margaret Collins.

Five a day, five a day.
Let’s eat five a day.
Vegetables, fruits, leaves, stems and roots.

Eat to grow healthy.
Eat to grow well.
Eat for your body.
to be sound as a bell.

Five a day, five a day.
Let’s eat five a day.
Vegetables, fruits, leaves, stems and roots.

Lettuce, tomato, cucumber eat quite a few.
These are the things that are good for you.
Cabbage and carrot eat quite a big.
These will make you healthy and fit.

Amalan pemakanan sihat sukar dibentuk apabila anak-anak telah meningkat remaja. Oleh itu, lakukan sekarang sebelum terlambat. Pemakanan sihat anak-anak adalah tanggungjawab anda.