Asah Kemahiran Membaca Anak Dengan Kad Imbasan

2984

Biasanya kita akan ajar anak membaca dengan perkataan yang mudah dahulu seperti mata, buku, bola dan lain-lain. Itu namanya suku kata terbuka.

Ia mudah kerana setiap suku kata itu hanya ada satu atau 2 huruf saja. Bila dah masuk 3 huruf, biasanya anak sudah mula susah hendak membaca.

Kalau mengeja biasanya kita akan dapati anak mula lambat membaca perkataan yang panjang-panjang. Panjang yang maksudnya ada suku kata yang lebih daripada dua huruf, tiga atau empat.

Dan apabila hendak membaca anak itu biasanya akan terhenti pada dua huruf sahaja. Contoh, perkataan sembilan, dia hanya boleh mengeja ‘se’ dan terhenti di situ.

Hakikatnya, anak terpaksa melalui proses pendidikan untuk boleh membaca. Dia perlu diajar. Kadang-kadang memang ada anak yang terlebih cerdik.

Tak ajar pun dapat. Tapi masalahnya golongan ini tak lah ramai sangat. Saya fikir yang lebih ramai ialah golongan yang perlukan bimbingan dan didikan dan sentuhan daripada orang yang mengajar iaitu kita, ibu bapanya.

Biasanya kita ibu bapanya (saya pun sama), expect lebih-lebih sedangkan usaha kita hendak memandaikan dia tu taklah seberapa dan boleh dikatakan tak mencukupi.

Jadi dalam kes begini, cuba gunakan kad imbasan dan buat latihan pemenggalan. Misalnya, susun kad dan bina perkataan yang panjang-panjang contohnya sembilan.

Bila kata panjang tu janganlah pula cari perkataan yang terlampau panjang untuk anak yang baru mula hendak berjinak-jinak membaca.

Baik-baik anak tu nak belajar, terus patah semangat. Setelah disusun, tunjuk kepada anak bagaimana kita mengasingkan kad-kad itu mengikut suku-suku kata yang betul. pe nye lu du pan, ke te ram pi lan dsb.

Dan kemudian minta anak tu baca. Setelah beberapa kali, cuba minta anak buat sendiri pula. Kalau tak boleh juga, cuba lagi tunjuk cara hendak mengasingkan suku-suku kata tu.

Sampai akhirnya dia boleh buat sendiri. Dan ingat, sabar… jangan 2, 3 kali tunjuk dah nak nampak resultnya.

Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.