Bagaimana Hendak Mengajar Kalau Saya Bekerja?

1387

“Saya tak ada masa nak mengajar. Saya bekerja. Petang baru balik kadang-kadang tu malam baru sampai rumah. Bila masa saya nak mengajar?”

Ini keluhan yang biasa daripada ibu bapa yang bekerja. Sebab utama ibu bapa tidak mengajar anak membaca adalah kerana kesibukan masa.

Maka, ramai ibu bapa yang menghantar anak ke tadika dan mengharapkan 100% kepada tadika untuk mengajar anak mereka membaca.

Tidak ramai yang sedar bahawa kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengajar anak membaca.

Ramai yang fikir kita perlu menghadap anak berjam-jam lamanya. Paling kurang setengah jam! Sebenarnya kalau sibuk, 10 minit pun sudah cukup. Kalau sibuk sangat, 5 minit pun cukup.

Percaya tak kalau saya katakan, satu minit pun cukup untuk mengajar? Ia bergantung kepada aktiviti pengajaran.

Kalau pada hari itu, hendak buat aktiviti yang lebih sikit, buat permainan ke atau ada aktiviti menulis ke (macam-macam sebenarnya) maka masa yang diperlukan pun lama sikit.

Tapi kalau nak buat aktiviti pengukuhan saja, 30 saat pun cukup. Dan masa untuk mengajar pula boleh kita cari.

Masa dalam kereta dalam perjalanan ke nurseri atau tadika, lepas sembahyang jemaah, selepas makan, sebelum tidur dan lain-lain kesempatan yang sesuai.

Tapi kalau aktiviti pengajaran tu lebih elaborate (masa yang lebih lama diperlukan) mungkin kita boleh lakukan pada hujung minggu.

Pokoknya, hendak mengajar membaca, tidak perlu lama-lama. Tapi sekerap yang boleh. Yang pentingnya, jauhi masa-masa ini:

  • Masa anak sedang lapar
  • Masa anak untuk bermain
  • Masa anak untuk menonton TV
  • Masa anak mengantuk

Tapi kalau anak sudah seronok belajar dengan kita, masa bermain dan masa menonton pun mereka boleh lepaskan. Dan juga jauhi masa-masa:

  • Masa kita sedang lapar
  • Masa kita sedang kelam kabut memasak (kalau masak dalam keadaan relaxtak apa)
  • Masa otak kita sedang berserabut (banyak masalah)
  • Masa kita tengah tension
  • Masa kita sudah tak larat nak buka mata (mengantuk sangat) Selamat mencuba.
Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.