Bagaimana Mahu Mengajar Anak yang Aktif?

2253

Anak aktif ataupun lebih mudah dikatakan sebagai anak yang tidak tahu duduk diam. Apakah kaedah mengajar yang boleh diaplikasikan jika anak kita tergolong dalam jenis yang tidak tahu duduk diam ini?

Biasanya kita akan cepat putus asa kalau anak tidak memberikan tumpuan semasa kita mengajar. Baru duduk sekejap mengajar, punggung anak sudah panas, sudah gelisah tidak boleh duduk diam lagi.

Mata pun dah melilau ke atas, ke bawah, ke kanan, ke kiri ke merata-rata tempat melainkan muka ibu dan buku di depan mata.

“Anak saya ni hiperaktif.”

“Anak saya ni daya tumpuannya sangat pendek.”

“Anak saya ni memang tak boleh duduk diam.”

Ada 2 kemungkinan. Satu, mungkin memang anak tu hiperaktif, daya tumpuannya sangat pendek, memang tak boleh duduk diam, blablabla. Keduanya, kita yang mengajar ni adalah seorang guru yang amat membosankan.

Bila mengajar mesti buka buku, baca, buka buku, baca, buka buku, baca. Tak ada aktiviti lain. Cuba kita letakkan diri kita dalam diri anak tu. Tentu kita pun rasa bosan yang amat sangat.

Hanya kita ni dah dewasa boleh kawal diri. Tapi bagi budak-budak, mereka ni kan tulus dan telus.

Kesimpulannya, bila mengajar membaca hendaklah pelbagaikan aktiviti pengajarannya. Tidak boleh statik sahaja. Ada masa kita menyanyi sambil belajar.

Ada masa kita bermain sambil belajar. Ada masa kita bercerita sambil belajar. Bukan asyik-asyik buka buku baca. Buku yang sama pulak tu.

Macam-macam boleh buat. Kalau pengajarannya menyeronokkan, tentu anak tu tidak akan bosan. Malah menunggu-nunggu untuk belajar lagi!

Selamat mencuba.

Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.