Bahaya Trauma Semasa Kecil

2262

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan anda menghadapi 3 kali ganda risiko untuk mengalami barah paru-paru dan penyakit jantung? Merokok bukan, makanan kaya lemak pun bukan. Sebenarnya, sekiranya seseorang mengalami trauma atau stres yang teruk semasa peringkat kanak-kanak, beliau akan berdepan dengan risiko penyakit serius apabila dewasa.

Trauma dalam konteks ini bermaksud mengalami mana-mana 11 keadaan seperti berikut:

  1. Penderaan fizikal
  2. Penderaan emosi
  3. Penderaan seksual
  4. Pengabaian fizikal
  5. Pengabaian emosi
  6. Ibu atau bapa yang mengalami penyakit mental
  7. Ketagihan dadah
  8. Tinggal di kem tahanan/pelarian
  9. Ibu bapa bercerai
  10. Ibu bapa berpisah
  11. Keganasan rumah tangga

Kajian menunjukkan bahawa sekiranya kanak-kanak mengalami daripada perkara yang tersenarai di atas, semasa dewasa nanti beliau boleh mendapat penyakit paru-paru dan hati sebanyak 2.5 kali ganda, kemurungan 4.5 kali ganda dan keinginan untuk membunuh diri 12 kali ganda berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada trauma.

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu stres, contoh kebakaran di rumah, badan kita bertindak dengan pantas kerana hormon dan saraf kita berespons sesuai dengan keadaan tersebut.  Namun, bila stres berpanjangan ia menjadi trauma yang menyebabkan perubahan pada sistem ketahanan tubuh (immunity) dan ketakseimbangan sistem hormon dan saraf sehingga menyebabkan kesihatan terjejas. Fungsi dan struktur otak turut berubah dan akan menjejaskan pemikiran dan tingkah laku yang waras.

Oleh itu, mereka yang terlibat dengan kanak-kanak perlu peka terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran dan bertindak awal sebelum terlambat.

Dipetik daripada ceramah Dr. Nadine Burke Harris, pakar pediatrik dan CEO Center for Youth Wellness, San Francisco.