Aktiviti menanam pokok atau berkebun di tadika atau di rumah dengan melibatkan anak-anak secara aktif mampu memberi banyak impak holistik dalam perkembangan anak-anak.
Mereka belajar menghargai alam dan persekitarannya.
Mereka belajar tanggungjawab menjaga dan memelihara.
Mereka belajar kosa kata baru dalam bidang pertanian.
Mereka mengenali Allah Maha Pencipta
Mereka belajar makan makanan yang sihat dan berkhasiat
Jom berkebun!