Kerisauan Telah Bermula

1699

Sekarang dah masuk bulan Julai. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak sampai ke penghujung tahun. Bagi mereka yang ada anak, tahun depan masuk darjah 1 dan masih tak boleh membaca lagi dah mula kerisauan.

Ada yang anak dah boleh membaca Bahasa Melayu tetapi belum boleh membaca Bahasa Inggeris juga mula menunjukkan kerisauan.

Maka ramailah yang mula mencari-cari guru untuk mengajar si anak. Harapannya besar. Dalam masa beberapa bulan ini, harapannya sungguh tinggi untuk melihat anak lancar membaca BM, BI, kalau boleh Quran dan Jawi sekali.

(Alahai, alangkah baiknya kalau terfikir begini setahun atau dua tahun lebih awal.) Bukan apa, nak mengajar membaca satu hal. Nak bagi anak tu membaca dengan lancar satu hal lagi.

Kalau harapkan seratus-peratus kepada guru dalam masa seminggu 3-4 kali, sejam, sejam setengah setiap kali perjumpaan, memang agak mencabar juga kalau tiada bantuan daripada ibu bapa di rumah.

Mencabar tapi masih ada harapan. Tidaklah saya katakan tak boleh langsung. Boleh… tapi bukankah lebih baik bermula awal?

Kalau ikut kajian, umur 4 tahun adalah umur yang sesuai untuk mula mengajar. Namun ada sebahagian anak-anak yang sudah bersedia lebih awal lagi, seawal 2 tahun setengah, 3 tahun pun ada. Jadi kenapa nak tunggu sampai 6 tahun baru nak bermula?

Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.