Mari Bercerita

1824
awal.my

Selain bermain dan menyanyi, bercerita juga merupakan aktiviti utama yang perlu dikembangkan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Sebelum kanak-kanak mahir membaca dan menulis (kemahiran literasi), mereka perlu mendengar dahulu perkataan dan ayat yang sesuai  dengan tahap kefahaman mereka. Ini dilakukan dengan berkesan melalui aktiviti bercerita. Semasa bercerita kanak-kanak didedahkan kepada bunyi-bunyi asas (fonem) dan intonasi bahasa. Seterusnya apabila mereka faham maksud sesuatu perkataan ia memudahkan mereka menyusun ayat dengan tepat.  Galakkan mereka bercerita semula apa yang telah disampaikan serta menambah pengalaman mereka sendiri.

Gunakan peralatan yang sesuai semasa bercerita untuk menghidupkan lagi watak dan suasana. Anak-anak pasti teruja!