Kursus Kemahiran Kaedah “Bacalah Jawi”

2115
Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

BACALAH JAWI

Pengenalan

Tulisan Jawi merupakan kunci kepada khazanah ilmu tamadun Melayu Islam. Hampir keseluruhan kitab yang ditulis oleh para pemikirdan alim ulama di Nusantara Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Ternyata ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab ini amat tinggi nilainya terutamanya dalam bidang agama, falsafah serta nilai budaya bangsa Melayu. Tulisan Jawi juga penting untuk memelihara identiti bangsa Melayu. Antara malapetaka yang berlaku apabila Jawi tidak menjadi tulisan pengantar ialah umat Islam akan mula berasa susah untuk membaca Al-Quran.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kenapa Kita Susah Membaca Jawi?

Ada dua masalah yang perlu diatasi di sini iaitu tiada minat untuk belajar dan tidak dibiasakan. Oleh itu, Al-Ameen telah menyusun satu kaedah yang mudah untuk mengajar anak-anak membaca Jawi.

Bahasa Melayu mempunyai satu sifat iaitu ia mempunyai bunyi fonemik bagi sesuatu huruf yang boleh digabungkan menjadi suku kata yang jelas. Gabungan-gabungan suku kata ini akan membentuk perkataan yang bermakna.

Kaedah fonemik pada asasnya ialah menggabungkan bunyi-bunyi huruf untuk membentuk gabungan-gabungan suku kata dan seterusnya perkataan yang lebih bermakna.

Kaedah fonemik serta sifat bahasa Melayu yang istimewa ini boleh digabungkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang moden untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknik fonemik, permainan dan aktiviti bahasa adalah antara teknik pengajaran yang berkesan.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Membaca Jawi Sebenarnya Mudah

Apa yang penting bagi ibu bapa ialah menggalakkan anak­ untuk mula belajar Jawi seawal yang mungkin. Ini kerana anak itu semestinya mahu, mampu dan sepatutnya belajar membaca dan menulis Jawi agar mereka mempunyai jati diri yang tinggi.


“Pendekatan Bacalah Jawi sungguh tersusun, menarik dan mudah untuk dipelajari. Semoga buku ini dapat membawa manfaat kepadaseluruh Nusantara Melayu.”

Haji Zakaryya Adam, Mantan Ahli Majlis Bahasa Melayu Antarabangsa


Objektif

  • Memahami teori membaca Jawi
  • Mengetahui bunyi-bunyi asas dan lambang tulisan dalam Jawi baharu
  • Memahami sistem 4P yang digunakan dalam Bacalah Jawi
  • Mengetahui teknik tunjuk ajar berpandukan buku Bacalah Jawi

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1: a) Konsep membaca dalam pendidikan tulisan jawi. b) Prinsip-prinsip asas kemahiran membaca
  • Sesi 2: Pendekatan dan sistem 4P
  • Sesi 3: Fonem asas serta lambang tulisan dalam sistem Jawi baharu
  • Sesi 4: Pendekatan pengajaran “Bacalah Jawi