Manfaatkan 14 Hari Cuti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19) Bersama-Sama Keluarga

2151

Photo by Miguel Á. Padriñán from Pexels

Di dalam kekusutan menghadapi penularan wabak Covid-19 ini, kerajaan telah memberi arahan menghadkan aktiviti di luar dan menganjurkan untuk sentiasa berada di rumah. Sebenarnya ia merupakan waktu paling bernilai untuk para ibu bapa yang sebelum ini sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Peluang untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak harus digunakan untuk memberi tumpuan terhadap perkembangan mereka dari segi fizikal mahupun kognitif.

Berikut merupakan cadangan aktiviti bersama anak-anak di sepanjang waktu cuti PKP Covid-19 ini:

1: Makan Bersama-Sama Di Meja

Makan dan berbual-bual bersama ahli keluarga adalah satu budaya yang mesti dihidupkan dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini. Terdapat banyak cerita atau perkongsian yang ingin diceritakan.

Photo by Elly Fairytale from Pexels

Bagi anak-anak prasekolah, ibubapa dapat memerhatikan perkembangan motor halus iaitu cara memegang sudu, menyenduk nasi dan lauk, menyuap ke mulut dan sebagainya.

2: Membaca Buku Bersama-Sama

Wujudkan sudut membaca di rumah walaupun dengan hanya satu rak kecil. Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk sesi membaca bersama anak-anak. Pilihlah buku dan waktu yang sesuai untuk membaca bersama-sama, misalnya sebelum tidur sebagai bedtime story.

3: Family Board Game

Photo by Ylanite Koppens from Pexels

Waktu bermain adalah sangat penting bagi kanak-kanak kerana bermain merupakan sebahagian daripada fitrah mereka. Ia juga dapat membekalkan pengalaman yang seronok dan bermakna dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak boardgame di pasaran atau anda boleh ciptanya sendiri. Pilihlah boardgame yang melibatkan pembelajaran matematik, bahasa, perkembangan kognitif dan sebagainya.

4: Masak Bersama-Sama

Libatkan anak-anak dalam aktiviti memasak harian sama ada secara langsung atau tidak langsung. Aktiviti memasak merupakan pendidikan secara menyeluruh. Anak-anak dapat belajar kemahiran matematik melalui masakan contoh seperti mengira sukatan bahan, memotong secara tebal dan nipis, menentukan tempoh masa dan sebagainya.

5: Buat Kerja Rumah

Ibu bapa mempunyai lebih masa untuk membantu atau membimbing anak buat kerja sekolah pada pelajaran yang lepas atau pelajaran umum. Gunakan masa ini untuk mengenal pasti  kelemahan khusus dalam pembelajaran dan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Selain kerja sekolah, ibu bapa juga boleh mengajak anak untuk mengemas rumah bersama-sama. Contoh: melipat baju, menyusun mainan, mengemas tempat tidur dan sebagainya merupakan kemahiran mengurus diri kanak-kanak.

Semoga masa cuti ini tidak berlalu begitu sahaja dan dapat dimanfaatkan sebagai masa berkualiti dengan ahli keluarga khususnya anak-anak kecil.

Untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan bersama yang menarik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sila layari eniaga.awal.my