Mari Bermain!

1587
Mari Bermain

Tiga fokus utama yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah adanya unsur-unsur bermain, bercerita dan menyanyi dalam suasana yang ceria.

Mengapakah bermain itu penting? Cuba kita ajak anak bermain sebagai penjual buah di pasar. Melalui permainan ini anak dapat mengembangkan skil:

  • Kognitif – Mengira dan menimbang buah
  • Fizikal – Mengangkat bakul dan kotak
  • Perbendaharaan kata  – Menamakan jenis-jenis buah, warna dan saiz
  • Interaksi sosial – Cara berinteraksi semasa berjual beli
  • Literasi – membuat resipi berasaskan buah

Semasa bermain sorok-sorok pun ada unsur matematik (pencari kira sampai dua puluh), fizikal (berlari, memanjat) dan interaksi sosial ( bergilir-gilir mencari dan menyorok).

Apakah permainan yang anda paling suka semasa kecil dahulu? Berkongsilah dengan anak supaya dia dapat mengenali anda dengan lebih dekat.