Jadual Perkembangan Bahasa Bagi Bayi Sehingga 3 Tahun

1592

Umumnya kanak-kanak boleh membaca pada umur 7 tahun. Belajar  membaca melibatkan beberapa kemahiran yang kompleks. Ia bermula dengan mengaitkan bunyi pertama dalam sesuatu perkataan dan seterusnya secara berperingkat.

Anak yang pada peringkat bayi hingga 3 tahun umumnya boleh:

  • Menghasilkan bunyi yang mirip nada dan ritma percakapan orang dewasa
  • Bertindak balas terhadap ekspresi muka
  • Mula menghubungkaitkan perkataan yang sering didengar dengan maksud perkataan tersebut
  • Menghasilkan bunyi-bunyian apabila diagah oleh ibu bapa atau penjaga
  • Bermain “au cak” dan sebagainya
  • Memegang objek seperti buku kanak-kanak dan blok permainan
  • Mengenali beberapa buku berdasarkan kulit hadapannya
  • Berpura-pura membaca buku
  • Membelek-belek buku dengan betul
  • Berkongsi buku dengan orang dewasa secara rutin
  • Menamakan beberapa objek dalam buku
  • Bercakap tentang watak-watak dalam buku
  • Menghubungkaitkan gambar dalam buku dengan objek yang sebenar
  • Mendengar cerita
  • Meminta orang dewasa membaca atau menulis bersama-sama
  • Mula memberi perhatian kepada tulisan tertentu seperti huruf pertama pada namanya
  • Cuba menulis atau melukis sesuatu

Apakah kaedah yang berkesan untuk belajar membaca pada peringkat umur bayi hingga 3 tahun?

Dapatkan pakej Siri Delima yang disusun untuk merangsang minat membaca di eniaga.awal.my

Rujukan:

DeBruin-Parecki, A. with Perkinson, K. & Ferderer, L. (January, 2000). Helping Your Child Become A Reader. U.S. Department of Education.