Bagaimana Muzik Membantu Perkembangan Anak?

7685

Kanak-kanak dan muzik adalah gabungan semula jadi yang amat hebat. Kanak-kanak secara fitrahnya berminat dengan muzik. Dan mereka mudah belajar untuk memahami dan mengingati sesuatu apabila dimasukkan unsur muzik seperti nyanyian dan gerakan irama.

Tahukah anda apa kepentingan muzik kepada kanak-kanak?

  1. Muzik adalah salah satu bahan bantu mengajar yang efektif untuk mengajar kosa kata baru atau satu perkara baru kepada kanak-kanak.
  2. Elemen muzik yang berirama membantu otak kanak-kanak mudah mengingat sesuatu huruf, kata kunci, kosa kata atau ayat mudah.
  3. Muzik membolehkan kanak-kanak menyampaikan perasaan dan emosinya dengan baik. Tidak semua kanak-kanak mampu menyatakan perasaan yang sedang dialami. Muzik mampu membantu anak menyatakan perasaan gembira, sedih, marah dan sebagainya.
  4. Muzik selalu digunakan untuk meningkatkan kemahiran mendengar kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak belajar untuk mendengar dan memahami arahan, seterusnya boleh mengikut arahan yang diberi. Kanak-kanak diajar lagu “Mari mengemas @ Clean up time” sewaktu mengemas. Lagu ini mampu bertindak sebagai motivasi atau rangsangan kepada kanak-kanak untuk ceria mengemas.

Selamat Mencuba! Share Jika Bermanfaat! 

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.